Dasar Privasi
Klik sini untuk versi English


NOTIS TENTANG DATA PERIBADI
 
Kumpulan Syarikat Amtel sedang mengamalkan pematuhan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), yang mana merupakan Akta yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Bagi mematuhi Akta ini, kami dikehendaki menguruskan Data Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda.
 
Sepanjang anda dan Kumpulan Syarikat Amtel Holdings Berhad berurusan, syarikat sekutu kami dan/atau wakil penjual kami yang sah (secara kolektif dirujuk sebagai “kami”, “kita” atau “(milik) kami”, anda akan dikehendaki memberikan atau telah pun memberikan kepada kami Data Peribadi anda untuk dikumpulkan, digunakan dan diproses bagi membolehkan kami menyampaikan notis, perkhidmatan dan/atau produk yang perlu yang berkaitan dengan perniagaan kami. Ini adalah berkaitan dengan proses dan pelaksanaan perniagaan kami, termasuk penyampaian notis, perkhidmatan dan/atau produk, pengurusan perhubungan klien, tujuan perancangan berhubung produk akan datang, pelancaran produk baharu dan acara-acara termasuk acara promosi bersama syarikat gabungan dan rakan perniagaan kami dalam lingkungan penawaran produk kami. Perkara berikut mendedahkan amalan pengumpulan dan pengedaran maklumat kami:
 
 
  1. Maklumat yang Kami Kumpulkan
Data Peribadi yang anda berikan akan dikumpulkan, digunakan ataupun diproses oleh kami, antara lain, untuk tujuan berikut (“Tujuan”):
  1. Untuk pendaftaran akaun pengguna dengan kami;
  2. Untuk melengkapkan transaksi dengan anda, mengurus dan menentusahkan waranti produk anda atau keahlian skim kesetiaan kami atau sebarang program lain jika berkenaan,
  3. Untuk digunakan sebagai rekod dalaman:
  4. Untuk memberi anda maklumat tentang produk dan/atau perkhidmatan kami;
  5. Untuk mendapatkan maklum balas dan/atau menjalankan tinjauan berhubung produk dan/atau perkhidmatan kami;
  6. Untuk melakukan pemasaran terus kepada anda;
  7. Untuk memahami dan menganalisis jualan kami, keperluan dan keutamaan anda berhubung produk dan/atau perkhidmatan kami;
  8. Untuk membangunkan, meningkatkan, memasarkan dan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan anda;
  9. Untuk memberi anda notis tentang acara-acara kami;
  10. Untuk membolehkan anda menyertai promosi dan pertandingan kami;
  11. Untuk memberi anda waranti produk dan/atau perkhidmatan serta pertukaran proses atau pengembalian produk;
  12. Untuk menghantar kemas kini dan/atau keluaran produk dan/atau perkhidmatan baharu kepada anda;
  13. Untuk menghantar kemas kini berita dan acara, ganjaran dan promosi serta hak-hak keistimewaan lain kepada anda;
  14. Untuk menambah baik perkhidmatan kami;
  15. Untuk bertindak balas terhadap permintaan atau rungutan;    
  16. Untuk mematuhi mana-mana keperluan perundangan atau peraturan yang berkait dengan peruntukan perkhidmatan dan produk kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, edaran, kod yang berkenaan dengan kami; dan
  17. Tujuan sedemikian lain yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami.   
  
Data Peribadi yang dikumpulkan (sama ada secara dalam talian atau sebaliknya) dan diproses oleh kami mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berikut:-
  1. Nama, jawatan dan nama syarikat;
  2. Umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan pendaftaran negara, nombor pasport;
  3. Bangsa, kumpulan etnik, warganegara;
  4. Maklumat kenalan termasuk alamat, alamat e-mel dan nombor telefon;
  5. Status perkahwinan, butiran pasangan, ibu bapa dan/atau anak, julat pendapatan, butiran pekerjaan; dan
  6. Maklumat berkaitan sedemikian yang lain bagi membolehkan kami memberi anda perkhidmatan dan maklumat produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda.
 
 
  1. Kesan akibat gagal membekalkan Data Peribadi
Kegagalan membekalkan Data Peribadi sedemikian akan:
  1. Menyebabkan kami tidak dapat memberi anda notis, perkhidmatan dan/atau produk yang diminta;
  2. Menjejaskan keupayaan anda untuk memasuki mana-mana perjanjian yang perlu berhubung pembelian produk kami dan/atau penggunaan perkhidmatan kami; dan/atau
  3. Menyebabkan kami tidak dapat memberi anda kemas kini tentang produk, perkhidmatan, promosi serta acara terkini dan atau pelancaran kami.
 
 
  1. Pendedahan Maklumat anda
Kami akan merahsiakan Data Peribadi anda tetapi anda dengan ini bersetuju dan mengizinkan kami mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut, yang mungkin terletak di dalam atau di luar Malaysia, atas sebab yang berkait dengan Tujuan:-
  1. Mana-mana individu kepada siapa yang dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau sebagai respons kepada badan kompeten atau agensi kerajaan;
  2. Subsidiari, sekutu, anggota gabungan dan/atau ahli dalam kumpulan syarikat kami;
  3. Rakan usaha sama dan/atau rakan kongsi perniagaan kami;
  4. Agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri
  5. Juruaudit, perunding, akauntan, peguam dan penasihat kewangan atau profesional lain; dan
  6. Pembekal perkhidmatan yang kami lantik.
 
Kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak lain tanpa persetujuan anda. Namun, kami akan sentiasa mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan maklumat anda digunakan oleh pihak ketiga menurut dasar-dasar ini.

 
  1. Keselamatan
Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam bentuk salinan kertas di pejabat kami atau dalam pelayan dan akan dikendalikan dan/atau digunakan sama ada oleh kami atau pembekal perkhidmatan kami. Mana-mana Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan oleh organisasi kami selagi ia diperlukan bagi memenuhi Tujuan yang dinyatakan di atas. Kami sentiasa menyemak prosedur kami bagi melindungi Data Peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan yang tidak disengajakan dan/atau pemusnahan melalui penggunaan teknologi yang sesuai dan prosedur dalaman.
 
Sila ingat bahawa komunikasi melalui Internet, seperti perkhidmatan e-mel/sembang segera dll., adalah tidak selamat kecuali jika ia disulitkan. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang akses tanpa kebenaran atau kehilangan Data Peribadi yang di luar kawalan kami.
 
 
  1. Perubahan kepada Dasar ini
Kami akan sentiasa mengkaji semula dasar ini dan perubahan mungkin akan dibuat dari semasa ke semasa atas budi bicara kami tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Kami menasihatkan anda agar menyemak dasar Data Peribadi ini yang boleh didapati di laman sesawang kami dari semasa ke semasa.
 
 
  1. Akses dan Pembetulan Data Peribadi
Pada bila-bila masa anda boleh mengakses, membetulkan atau mengemas kini Data Peribadi dengan mendaftar masuk dan/atau mengedit profil peribadi anda di Laman Sesawang kami jika berkenaan. Ataupun, sebarang permintaan sedemikian berhubung Data Peribadi anda boleh dihantar kepada kami melalui permintaan bertulis kepada:-
 
 
Orang Hubungan yang Ditetapkan Eksekutif Penjagaan Pelanggan
Alamat Surat-menyurat Wisma Amtel
No 12, Jalan Pensyarah U1/28, 
HICOM Glenmarie Industrial Park, 
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Faks +603 - 5567 3500
Alamat E-mel customerservice@lokatoo.com
 
Sebarang pertanyaan atau rungutan berhubung Data Peribadi anda harus disalurkan kepada individu di atas. Permintaan anda tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melaksanakan pembetulan  sedemikian.
 
 
7.    Persetujuan Anda & Penarikan Balik Persetujuan
 
Sekiranya anda tidak bersetuju kami menggunakan Data Peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada tujuan awal untuk apa maklumat anda diberikan kepada kami, anda boleh memberitahu hal ini kepada kami dengan menulis e-mel kepada kami dan menghantarkannya ke customerservice@lokatoo.com. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mematuhi permintaan anda.
 
Kami percaya bahawa anda akan mengizinkan dan bersetuju dengan terma di atas berhubung pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami. Sekiranya kami tidak menerima sebarang respons daripada anda berhubung perkara di atas, kami akan mengandaikan bahawa anda bersetuju dengannya.
 
Notis tentang Data Peribadi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.